WiFi MyBroadband
WiFi MyBroadband adalah satu inisiatif oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan untuk meningkatkan capaian ke Internet melalui penggunaan teknologi jalur lebar di Malaysia.
Inisiatif ini juga membolehkan masyarakat umum untuk mengakses sesawang utama kerajaan yang wujud dan
capaian kepada perkhidmatan e-kerajaan di mana-mana lokasi WiFi yang disediakan.
WiFi MyBroadband dilaksanakan melalui kerjasama pintar antara kerajaan, komuniti dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP),
di mana setiap pihak masing-masing memberi berbagai sumbangan bagi menjayakan inisiatif ini.
|