Soalan Lazim
Apakah Jalur Lebar?
Jalur Lebar adalah kemudahan capaian Internet berkelajuan tinggi yang dihubungkan ke Internet secara kekal. Ianya membolehkan kedua-dua aplikasi data dan suara dilakukan serentak menggunakan talian yang sama.
Bagaimanakah saya boleh melindungi komputer saya dari dijangkiti virus?
Adalah sangat penting untuk anda mempunyai perisian Anti-Virus pada komputer anda. Jika komputer anda telah dijangkiti oleh virus, ini akan menimbulkan pelbagai masalah pada aplikasi e-mel, sambungan ke internet yang terputus-putus dan berbagai lagi masalah lain.
|